Wednesday, July 22, 2009

SEGALA PUJI BAGI ALLAH

ASSALAMUALAIKUM,

SEGALA PUJIAN HANYA UNTUK ALLAH,SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.



Hari ini ada yang hidup semata-mata hidup untuk HIDUP,tiada tujuan lain dan cukup dengan pegangan tersebut sampai mati.Begitulah sesatnya .Tiada mengerti,tidak faham dan tidak mahu faham.Tahu adanya kematian dan yakin akan mati tapi langsung tidak mengerti kenapa perlu hidup dan kemana selepas mati.Mereka yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t tidak akan memandang remeh tentang kehidupan ini dan selalu bersedia untuk menghadapi hari kematian.Disanalah (selepas mati) hidup kita yang sebenarnya,tiada lagi kematian selepas itu.Bayangkanlah ,hidup bahagia yang sentosa selama-lamanya berbanding dengan hidup yang penuh dengan penderitaan dan penderaan yang dahsyat untuk selama-lamanya .Manusia yang berfikiran rasional tidak akan memilih yang terburuk untuk dirinya....fikir dan renunglah,siapalah kita ini sebelum kematian menimpa diri.......Kepada Allah berserah segala.